Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.  Jadi Keusahawanan disini bermaksud segala-gala yang berkaitan dengan usahawanan atau kegiatan dan kemahiran usahawanan.  Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usahawan untuk mendapat pengertian usahawan secara lebih terperinci.  

Seperti kebanyakan tempat di dunia dan di Malaysia amnya, Pekan Malau juga tidak terkecuali dalam memiliki usahawan-usahawan yang sedang berusaha memajukan perniagaan yang diceburi mereka.  Di Kalangan usahawan tersebut, salah seorang yang ingin diketengahkan pada kali ini ialah Puan Sarinah binti Hasim.  Beliau merupakan usahawan jahitan pakaian yang semakin mendapat perhatian daripada penduduk setempat dan luar kawasan.  Antara perkhidmatan yang disediakan oleh beliau ialah mengambil upah menjahit pelbagai jenis pakaian, jahitan tepi, menjahit langsir dan tudung.  

Premis perniagaan beliau mula beroperasi pada disember 2011, merupakan sebuah blok kedai yang disewa daripada pemilik bangunan.  Namun kini, beliau akhirnya dapat memiliki premis sendiri pada awal November 2015.  Kini perniagaannya beroperai di blok baru yang menampakkan peningkatan dalam perniagaan yang diceburi beliau.  Syukur Alhamdulillah, akhirnya impian beliau untuk memiliki premis sendiri menjadi kenyataan.  

Untuk Pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Puan Sarinah Hasim di talian 019-5297794.

 

kak sarinah

 

kedai jahit

Keterangan gambar:  puan sarinah hasim di kedai jahitan premis lama.

Sumber:  Tinjauan sendiri dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usahawan

 new shop

Keterangan gambar:  Inilah kedai baharu milik Puan Sarinah binti Hashim.