Usahawan Aneka Roti 'Homemade'.

Nama : NORSUHAIDA BINTI ABD RASHID.

Umur  : 29 Tahun.

Ahli     : 28 Oktober 2017.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan aneka roti dan pizza dikawasan sekitar mukim bakai ini  dan merupakan seorang yang amat aktif dalam bidang perniagaan atas talian sekarang. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke PI untuk mendapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam bisnes beliau terutama atas talian..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan  serta tidak tahu mempromosikan produk yang dijualnya secara atas talian.  Tempahan hanya dalam kalangan komuniti Malau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah diberi tunjuk ajar mengenai perniaggan atas talian  beliau mula menerokai dunia perniagaan dengan bimbingan petugas Pusat Internet. Kini beliau datang ke PI untuk mempelajari jualan secara atas talian seperti medium Shopee.