Usahawan Kain Batik Viral (Shopee)

Nama : ZANARIAH BT ZOLKEPLI

Umur  : 44 Tahun

Ahli     : 09 Oktober 2018.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan kain batik viral dikawasan pekan Malau  dan merupakan seorang yang bergerak aktif pernigaan atas talian  sekarang. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke Pusat Internet untuk mendapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau secara atas talian. Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan Pusat Internet adalah secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke Pusat Internet (PI) pendapatan beliau meningkat kepada RM1000.00 hingga RM3000.00 sebulan. Kedai Shopee beliau menerima sambutan yang sangat menggalakkan sehingga mampu mencapai peringkat ke-3 dalam pertandingan usahawan online anjuran MSD-Digital Intelligence Sdn. Bhd.  hasil pendedahan dan pembelajaran beliau di sini.  


 

Nama : MUHAMMAD RIDZUWAN BIN FADZIL.

Umur  : 23 Tahun.

Ahli     : 22 Ogos 2019.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajat Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa yang sering kali juga datang ke Pusat Internet bagi mencari info berkaitan pembelajaran beliau dan belajar perkomputeran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak berapa mahir dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di Pusat Internet beliau banyak mencari info dan datang ke sini dengan tujuan menimba ilmu yang masih tidak dipelajarinya.


 

Usahawan Kain Batik Online.

Nama :FAIZAH BINTI YAHYA .

Umur  : 37 Tahun.

Ahli     : 8 Oktober 2018.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan aneka produk di kawasan Pekan Malau dan merupakan seorang yang amat aktif dalam perniagaan atas talian. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke PI untuk mendapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam bisnes beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan PI hanya RM 150.00 dan tempahan hanya dalam kalangan komuniti Malau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke Pusat Internet pendapatan beliau meningkat kepada RM1000.00-RM2000.00 beliau menerima sambuatan sangat-sangat menakjubkan dan makin banyak.  Pelanggan beliau semakin meningkat sama ada di  kedai atas talian beliau atau dirumah.  Kini beliau datang ke Pusat Internet untuk mempelajari jualan secara atas talian terutama dalam medium e-dagang Shopee.


 

Usahawan Cincau (Produk Makanan)

Nama : ISMAIL BIN AHMAD

Umur  : 60 Tahun

Ahli     : 22 Februari 2014

Latar belakang

Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan Pusat Internet adalah kurang memuaskan kerana tidak dikenali lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum belajar kelas pemasaran online, beliau tidak tahu cara photoshoot produk dengan betul serta tidak tahu cara memasarkan produk secara atas talian. Beliau hanya menjual produk beliau di kedai .beliau sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke Pusat Internet pengetahuan beliau semakin bertambah.  Kini beliau datang ke PI untuk membuat pencarian melalui enjin carian atau gunakan internet untuk mencari bahan cara-cara untuk dalam sesuatu pemprosesan cincaunya itu.  Beliau juga terlibat dalam penjualan shopee e-dagang.


 

Usahawan Produk Cheezy Meatball & Chicken Pop.

Nama : JAUHARATUD DINI AHMADDIN JANI

Umur  : 36 Tahun

Ahli     : 04 April 2017

Latar belakang

Merupakan seorang usahawanita yang meniaga hanya menjadikan rumah beliau sebagai tempat berniaga.  Seorang yang mementingkan kepelbagaian makanan bagi kepuasan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan medium teknologi maklumat sebagai bahan hebahan beliau hanya membuat hebahan atau iklan hasil jualan melalui kedai-kedai berhampiran kawasan tempat tinggal dan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali internet beliau lebih bergerak secara aktif dalam hebahan produk hasilnya. Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau kini telah memiliki facebook dan media sosial lain untuk mempromosikan hasil jualan. Selain itu, beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.