Nama : NOORAIN FATIHAH BT KAMAL

Umur  : 21 Tahun

Ahli     : 22 Ogos 2013

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajat IPTA sepenuh masa yang sering kali juga datang ke Pusat Internet bagi mencari info berkaitan pembelajaran beliau dan belajar komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas asas komputer penama kurang mahir menggunakan perisian komputer.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di Pusat Internet beliau banyak mencari info dan datang ke pusat internet dengan tujuan menimba ilmu berasaskan teknologi maklumat.  Semakin banyak pencapaian yang dicapai beliau.


 

Usahawan Santan Segar Dan Kerisik.

Nama : ROSNI BINTI CHE RUS. 

Umur  : 46 Tahun.

Ahli     : 20 Disember 2018.

Latar belakang

Merupakan seorang ushawanita yang meniaga hanya menjadikan rumah beliau sebagai tempat berniaga. Seorang yang mementingkan kesegaran, kesedapan makanan bagi kepuasan pelangan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan medium teknologi maklumat sebagai bahan hebahan, belaiu hanya membuat hebahan atau iklan hasil jualan melalui kedai-kedai sekitar kawasan perumahan dan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas pemasaran online, beliau tahu cara yang betul untuk photoshoot produk serta dapat membangunkan halaman facebook yang diajar.  Selepas mengenali internet beliau lebih bergerak secara aktif dalam hebahan produk hasilnya. Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau kini telah memiliki facebook dan blognya sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan . selain itu beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.sambutan amat menggalakkan. Pendapatan bulanan meningkat serta dapat perhatian pihak berkaitan.


 

Usahawan Kerisik Tumbuk Wangi.

Nama  : Puan Sanisah Binti Abdullah. 

Umur   : 44 Tahun

Ahli      : 2014

 

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan dan juga guru tadika yang sudah lama menceburi bidang usahawan ini. Beliau memasarkan produknya di platform dashboard komuniti (MyShop) pada tahun 2018 lagi.  Selain turut memasarkan produknya di kedai-kedai runcit sekitar pekan malau dan di media elektronik.  Selain kerisik produk yang dihasilkan beliau ialah pulut panggang, dan acar limau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan dalam bidang usahawan ini masih diperingkat permulaan kerana baru berjinak-jinak dalam bidang ini . Masih dalam proses memperluaskan lagi produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau mula memasarkan produknya dalam media sosial  facebook.   Selain itu beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pendapatan bulanan mula mengalami peningkatan melalui perusahaan kerisiknya.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
  • Mempelajari cara mengambil order melalui FB
  • Mempelajari Microsoft office iaitu terutama excel yang mudahkan lagi proses kiraan akaun dan sebagainya.
  • Ajar teknik cara mengambil gambar produk.
  • Cara membuat atau menerima tempahan melalui media sosial whatapps web dan sebagainya.
  • Cara close order dan sebagainya.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk melalui myShop.
  • Memberi kelas tambahan seperti kelas microsoft excel.
  • PI juga telah membantu dengan adanya banyak program kesedaran internet kepada komuniti setempat amnya selain mengadakan latihan/bengkel ICT yang sedia ada.

 

usahawan

produk3

Keterangan gambar:  usahawan kerisik dan produk keluarannya.

Nama : NUR HUSNA KHAIRAH ZULQURNAIN

Umur  : 10 Tahun

Ahli     : 31 Disember 2018

Latar belakang

Adik ini merupakan salah seorang ahli PI Pekan Malau yang merupakan seorang pelajar yang dikenali di pekan malau ini .  Seorang ahli yang selalu datang ke pusat internet komuniti untuk memperlajari sesuatu yang berkaitan online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang program dengan Pusat Internet saya tidak banyak tahu tentang ict terutama sekali dalam melibatkan pembelajaran berasaskan online. Masih kabur dalam penggunaan internet. Tidak tahu asas Microsoft Office pada dasarnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pengetahuan berkaitan teknologi maklumat semakin bertambah dan semakin baik. Sebagai contohnya beliau belajar cara hendak mengeditkan gambar daripada size besar kepada size kecil dan beberapa lagi ilmu baru lagi yang beliau perolehi. Selain itu belaiu makin pandai menggunakan word untuk membuat kerja beliau. Malah kini beliau sudah boleh mengisi sesuatu yang melibatkan online secara sendiri dan bertambah baik kemahiran beliau.


 

BELAJAR MELAYARI INTERNET,  DAN MICROSOFT OFFICE .

Nama  : Zubaini Binti Lee Eng Lye@Ahmad. 

Umur   : 41 Tahun

Ahli      : 2019

Latar Belakang

Pada kali ini, kisah kejayaan akan mengenengahkan seorang ahli Pusat Internet , Pekan Malau iaitu Puan Zubaini Binti Lee Eng Lye@Ahmad.  Beliau merupakan seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Sri Inas.  Sering menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi pusat internet untuk mempelajari teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di Pusat Internet Pekan Malau.  Terutamanyanya dalam pengisian sistem portal maklumat pendidikan islam (simpeni).  

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT dan melibatkan penggunaan pusat internet Puan Zubaini malu-malu dan segan untuk memegang keyboard.  Takut salah katanya.  Sebelum mahir menggunakan internet, beliau kerap meminta pertolongan suami dan anak untuk mengisi data di simpeni dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.

Selepas melibatkan diri dengan pusat internet Puan Zubaini begitu komited dengan komputer.  Dalam usia sebegini, Puan Zubaini tanpa jemu mengunjungi pusat internet pekan malau untuk membuat kerja dan mempelajari microsoft office.  Beliau kerap melayari laman sesawang   https://simpeni.islam.gov.my untuk mengisi maklumat pelajar.  Selain itu, puan ustazah juga sudah pandai menggunakan microsoft office word, excel untuk kerja-kerja di tempat kerja beliau.  

 Gambar:  Puan Zubaini sedang mempelajari microsoft office word.