Usahawan Kek
Nama : Umai Kalsum Binti Hashim. Umur : 49 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Merupakan seorang usahawan yang sudah lama menceburi dalam bidang ini. Tetapi sudah mula mendapat sambutan diklangan masyarakat sekitar Pekan Malau.,bakai,dan sekitar daerahnya. Beliau turut memuat naik makanan ini iaitu kerepek pisang beliau kedalam my shop.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau masih ditahap permulaan stabil kerana masih diperingkat perkenalan. Masih dalam proses memperluaskan lagi produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau kini telah memiliki facebook dan blognya sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan . selain itu beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.sambutan amat menggalakkan. Pendapatan bulanan meningkat serta dapat perhatian pihak berkaitan.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Mempelajari Microsoft office iaitu terutama excel yang mudahkan lagi proses kiraan akaun dan sebagainya.
- Ajar teknik cara mengambil gambar produk.
- Cara membuat atau menerima tempahan melalui media sosial whatapps web dan sebagainya.
- Cara close order dan sebagainya.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan
- PI juga telah membantu dengan adanya banyak program kesedaran internet kepada komuniti setempat amnya selain mengadakan latihan/bengkel ICT yang sedia ada.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE
Nama : Muhammad Hasif Bin Zulqurnain. Umur : 10 Tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Pada kali ini, kisah kejayaan akan mengenengahkan seorang ahli Pusat Internet , Pekan Malau iaitu adik Muhammad Hasif Bin Zulqurnain. Beliau merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang sangat komited sebagai pelajar. Sering menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi pusat internet untuk mempelajari teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di Pusat Internet Pekan Malau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.
Dalam usia yang masih muda, adik Hasif gigih meneroka dunia ICT tanpa jemu. Kemudahan teknologi maklumat yang terdapat di Pusat Internet Pekan Malau yang tidak jauh jaraknya dari rumah beliau memudahkannya untuk kesini hampir setiap hari. Pantang ada kelas yang dianjurkan petugas pusat internet beliau tidak gagal untuk menyertainya. Sebelum melibatkan diri dengan pusat internet adik hasif masih takut-takut dan teragak-agak untuk menekan keyboard.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.
Selepas melibatkan diri dengan pusat internet adik hasif begitu komited dengan komputer. Pengenalan dengan dunia komputer dan ICT merancakkan lagi penggunaannya di pusat internet. Saban hari beliau tanpa jemu mengunjungi pusat internet dengan melayari enjin carian semasa dalam usaha mencari bahan untuk tugasan sekolah. Impaknya, adik ini semakin bijak melayari internet tanpa perlu disuruh lagi.
Kini, adik ini datang menyiapkan kerja-kerja sekolah di pusat internet. Penggunaan optimum dan secara berhemah dan bermanfaat sangat diberikan penekanan oleh petugas pusat internet dalam usaha pemupukan budaya mencari maklumat di hujung jari. Semoga kegigihan adik ini mendorong kelompok masyarakat yang seusianya bersemangat untuk meneroka ilmu baru dalam ICT.
Huraian gambar: Adik Muhammad Hasif ketika menerima tunjuk ajar daripada petugas PI.
BELAJAR INTERNET , MENAIP , MENCETAK , MICROSOFT OFFICE DAN WEB.
Nama : Nur Zahirah Binti Mahadzir Umur : 16 Tahun Ahli : 2013 |
Latar Belakang
Pada kali ini Pusat Internet Pekan Malau ingin berkongsi kisah kejayaan adik Nur Zahirah Binti Mahadzir. Dilahirkan pada tanggal 09 April 2002, seorang pelajar yang begitu berdedikasi dalam mengejar ilmu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau sehingga darjah enam sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu.
Mengimbau kembali detik awal pembukaan Pusat Internet Pekan Malau pada pertengahan 2013 adik Nur Zahirah merupakan antara pengungjung tegar pusat internet ini. Pendedahan awal yang diterima beliau iaitu sejak dari sekolah rendah ke dunia teknologi maklumat (IT) menjadikannya celik IT pada usia yang cukup muda. Berbekalkan pengetahuan dan kemudahan pusat internet ini yang terletak lebih kurang 500 meter dari kediamannya (Kampung Seratus), memudahkan adik Nur Zahirah mengunjungi pusat ini.
Dengan dihantar oleh ibubapa atau menaiki basikal, adik Nur Zahirah gigih mencari bahan atau maklumat semasa yang dikehendaki guru di Pusat Internet Pekan Malau. Datangnya ke Pusat Internet Pekan Malau ini bukan untuk membuang masa semata-mata, tetapi beliau datang untuk mencari bahan-bahan dalam pembelajaran di sekolah terutamanya maklumat melaui internet.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Adik ini tidak pernah jemu dalam pencariannya dalam menyiapkan kerja sekolah yang banyak melibatkan internet. Beliau selalu datang ke Pusat Internet ini dan tidak pernah jemu dan segan silu untuk bertanyakan soalan, cara atau apa sahaja berkaitan pencariannya dengan petugas PI disini. Adik Nur Zahirah ini juga tidak lokek dengan ilmu yang dimiliki untuk dikongsi dengan rakan-rakannya. Penggunaan internet secara khusus dalam penyediaan folionya dan kawan-kawannya amat memberanangkan kerana minat mereka yang amat mendalam terhadap penggunaan internet serta ilmu berasaskan ICT yang disediakan di Pusat Internet ini.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Dengan perkhidmatan yang disediakan di Pusat internet Pekan Malau ini, pengguna akan lebih mudah melayari internet dan penggunaan sistem CMS yang sangat sistematik ini membolehkan pelajar sekolah mengakses internet dengan kadar bayaran yang sangat murah. Adik ini telah memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah rendah tahun 2014. Beliau manyatakan Pusat Internet banyak membantu beliau dalam penyedian kemudahan serta petugas yang tidak pernah jemu memberi ilmu yang mereka miliki. Adik Nur Zahirah kini telah menyambungkan pelajarannya ke Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Kroh Perak.
Kini,walaupun beliau telah melanjutkan pelajaran ke tempat lain beliau masih terus mengunjungi PI Pekan Malau, terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Beliau menyatakan bahawa beliau akan terus dating ke Pusat Internet Pekan Malau dalam pencarian maklumat untuk pelajarannya kelak walaupun hanya sebulan sekali pulang dan datang ke PI ini.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE
Nama : Tuan Haji Ismail Bin Ahmad Umur : 58 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Pada kali ini, kisah kejayaan akan mengenengahkan seorang ahli Pusat Internet Pekan Malau iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. Beliau merupakan seorang guru yang mendaftar sebagai ahli sekitar tahun 2014. Sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang guru dan sering menghabiskan masanya untuk mempelajari teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di PI Pekan Malau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Dalam usia yang sebegini, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ismail gigih meneroka dunia ICT tanpa jemu. Kemudahan teknologi maklumat yang terdapat di PI Pekan Malau yang tidak jauh jaraknya dari rumah beliau memudahkannya untuk kesini.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan emel dan media sosial lain menjadi pencepat dan memudahkan beliau membuat kerja. Tambahan pula kerjayanya sebagai seorang guru, penggunaan emel misalnya telah memudahkan kerja-kerja sehariannya di sekolah. Hal ini demikian kerana ia cepat, mudah dan berkesan dalam kelancaran kerja-kerja menghantar data dan sebagainya.
Kini, beliau yang juga merupakan AJK Masjid Jamek Pekan Malau turut datang menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan masjid di pusat internet. Penggunaan optimum dan secara berhemah dan bermanfaat mampu menjana pemupukan budaya mencari maklumat di hujung jari. Semoga kegigihan cikgu ini mendorong kelompok masyarakat yang seusia beliau bersemangat untuk meneroka ilmu baru dalam ICT.
Huraian gambar: Cikgu Ismail ketika menerima tunjuk ajar daripada petugas pi.
BELAJAR MICROSOFT OFFICE TAHAP TINGGI DAN INTERNET
Nama : Mohamad Zaki Bin Mat Zin Umur : 28 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Dilahirkan pada tanggal 23 Ogos 1990, pemuda yang diberi nama Mohamad Zaki bin Mat Zin ini gigih berusaha untuk menggamit kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan. Walaupun sudah berumahtangga dan memiliki seorang cahaya mata, namun semangatnya untuk meraih pendidikan yang lebih tinggi tidak pernah dilupakan. Jadi berbekalkan keazaman yang kuat serta dorongan yang tidak berbelah bahagi, insan yang berpandangan jauh ini komited untuk meneruskan pendidikan walaupun bukan sebagai siswa sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan Pi
Mohamad Zaki tidak jemu-jemu mengunjungi pusat internet ini khususnya pada hujung minggu dan pada hari cuti beliau. Hal ini demikian kerana keperluan pembelajaran dalam menyediakan tugasan (assignment) yang diberikan pensyarah memerlukan beliau mencari bahan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan. Keterbatasan masa sebagai salah seorang pekerja di Syarikat First Solar dan Siswa Program Pengajian Separuh Masa di Anjung UNIMAP Kulim memaksa beliau berfikiran lebih bijak dengan mengujungi Pi terdekat dalam menyiapkan tugasan.
Melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di peringkat Diploma di institusi ini, Mohamad Zaki perlu menguruskan masa dengan bijak di antara kerjaya, keluarga dan pelajaran agar berjalan seiring waktu. Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat ini, beliau berpendapat setiap insan berpotensi untuk mendapat pendidikan tertinggi walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan. Namun, bidang pendidikan tidak boleh dipinggirkan sama sekali apatah lagi dengan kemajuan pesat bidang teknologi maklumat ini. Bertitik tolak dari kepesatan teknolologi maklumat dan telekomukasi yang semakin canggih ini, beliau menerima cabaran sebagai warga siswa anjung UNIMAP Kulim.
Menggalas komitmen yang besar, Mohamad Zaki berpendapat beliau adalah di antara insan yang bertuah kerana kawasan luar bandar seperti Pekan Malau ini memiliki sebuah Pusat Internet (Pi). Hai ini memudahkan beliau mencari bahan dan maklumat yang berkaitan kursus pengajian dalam menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan Pi
Beliau telah mempelajari banyak perkara dengan lebih mendalam lagi berbanding dengan halnya sebelum ini. Hal ini demikian kerana penggunaan aplikasi yang bijak dalam sistem maklumat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan dalam mencari sesuatu bahan baharu. Dengan bantuan daripada petugas-petugas Pi juga saya memperolehi ilmu baru dari semasa ke semasa."
Bayaran yang lebih murah dan berpatutan berjaya menarik perhatianbeliau untuk datang ke sini. Selain itu, kemudahan lain seperti mesin photostat, binding, laminate dan sebagainya merupakan kemudahan yang sesuai dan memang diperlukan oleh seseorang pelajar terutamanya dalam mencetak bahan pelajaran tambahan. Secara keseluruhannya, perkhidmatan yang disediakan terbaik.
Huraian Gambar: Mohamad Zaki b. Mat Zin sedang menyiapkan tugasan yang diberikan.