Pekan Malau mendapat namanya dari sepohon pokok yang terdapat pada zaman dahulu.  Perkataan Malau diambil sempena dengan nama getah yang dikeluarkan oleh sepohon pokok.  Getah itu membentuk cecair seperti plastik dan orang kampung menyebut 'Malau'.  Manakala perkataan 'Pekan' pula ditambah oleh seorang individu lain yang tidak dikenali identitinya dan melihat kepesatan perkembangan Pekan Malau.

Sejarah Penempatan.

Ketika zaman kepesatannya, Pekan Malau merupakan laluan utama penduduk terutamanya penduduk dari daerah Baling ke daerah Kulim.  Ia juga merupakan kawasan penempatan yang unik dan menarik kerana di diami oleh tiga buah suku kaum utama Malaysia; iaitu Melayu, Cina dan India.  Namun penubuhan dan pembinaan lebuhraya Baling-Kulim yang bertujuan untuk mempercepatkan perjalanan dan menjimatkan kos pengangkutan telah menjadikan Pekan Malau yang dahulunya 'hidup' menjadi suram sedikit berikutan sebahagian besar peniaga dan orang awam berpindah dari kawasan ini.  Hal ini demikian kerana kekurangan pelanggan dan pembeli telah sedikit sebanyak merencatkan aktiviti perniagaan di sini. Walaubagaimanapun, masih terdapat bilangan peniaga yang masih bertahan dan berniaga di sini.  

 

 

Sumber:  Dipetik daripada cerita orang lama di sini.