Events Calendar
Program Klik Dengan Bijak (KDB) pada kali ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang Baling Kedah. Program ini menekankan penggunaan internet secara positif yang mengandungi elemen keselamatan (safety), kewaspadaan (security), dan tanggungjawab (responsibility) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Golongan sasaran adalah golongan masyarakat yang paling terdedah kepada jenayah salah laku siber terutamanya golongan muda (kanak-kanak, remaja dan belia), serta golongan penjaga (ibu bapa, penjaga). Semoga program yang merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini memberi banyak manfaat dalam mengekalkan nilai dan budaya bangsa Malaysia semasa melayari internet.