hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Kesihatan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mewujudkan berbagai insfrastruktur dan kemudahan bagi menjamin kesihatan rakyat terpelihara. Tidak ketinggalan juga penduduk luar bandar yang menikmati kemudahan hospital, klinik pergigian dan klinik desa.  Dalam hal ini, penduduk Pekan Malau juga telah mendapat kemudahan yang sama dengan terbinanya Klinik Kesihatan Malau.  Klinik ini terletak kira-kira dalam 200 meter dari Pekan Malau.  Di klinik ini juga terdapatnya klinik ibu dan anak.

 

kk malau A

Sumber:  Tinjauan sendiri (permandangan dari arah luar)

 

unit farmasi

Sumber:  Tinjauan sendiri.

 

kk ibu dan anak

Sumber:  Tinjauan sendiri 

 

Unit Disenpary Ladang Pelam.

Selain Klinik Kesihatan Malau, Unit Disenpary Ladang Pelam juga merupakan kemudahan asas penduduk di sini terutamanya bagi pekerja Ladang Pelam.  Kemudahan yang disediakan ini diharap dapat membantu warga Pekan Malau amnya.

dispensary ldg pelam

 Sumber:  Tinjauan sendiri