Kedah dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim. Pekan Malau terletak di kawasan Mukim Bakai merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kedah. Mukim Bakai merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kedah dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Baling.

Malau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak dalam kawasan kuala ketil Daerah Baling, Kedah, Malaysia. Ia terletak dalam kawasan parlimen Baling dan di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang. Pekan Malau bersebelahan dengan daerah Kulim, Kedah.  Ia merupakan pembahagi antara daerah baling dengan daerah kulim. Terdapat beberapa buah kampung kecil yang berada di sekitar pekan malau iaitu Kampung Air Kepar, Kampung Ayer Merah, Kampung Jernang, dan Kampung Seratus.  Pekan malau terletak 33.5 km dari Pekan baling.  Terletak hanya 46.0 km dari sungai petani. Manakala dari Pekan Kuala Ketil pula jaraknya adalah hanya 14.7 km. Jarak dari Pekan Kulim ke Pekan Malau adalah 27.1 km. 

Sumber:   https://ms.wikipedia.org/wiki/Pekan_Malau

 

 Daerah di Kedah

Sumber:  https://ms.wikipedia.org/wiki/Kulim_(bandar)#/media/File:Daerah_di_Kedah.jpeg