Umum mengetahui dalam konteks kehidupan yang mendepani pelbagai cabaran yang mencabar ini, isu kemudahan asas yang diterima masyarakat tidak pernah dipinggirkan.  Pekan Malau juga turut mendapat pelbagai kemudahan asas yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dan tempatan.  Kemudahan asas ialah kemudahan yang disediakan untuk orang awam dan keperluan peribadi.1  Pelbagai kemudahan asas turut disediakan di sini antara lain ialah masjid, rumah beribadat india (kuil), jalan raya, kemudahan tong sampah, dewan orang ramai dan bekalan air dan elektrik.  Berikut ialah gambar dari hasil tinjauan awal yang dibuat oleh penulis.  Di masa-masa akan datang kami akan cuba mendapatkan sedikit maklumat ringkas tentang kemudahan asas yang disediakan.

Masjid Jamek Pekan Malau.

 

IMG 7152

1. Sumber dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemudahan+awam&d=10

 

Kemudahan Jalanraya.

Kemudahan prasarana seperti kemudahan jalanraya dalam sistem pengangkutan sememangnya merupakan platform terbaik dan kemudahan asas yang diperlukan dalam sesuatu komuniti.  Hal ini demikian kerana, sistem pengakutan yang baik memerlukan kemudahan jalanraya yang terbaik agar kemajuan kampung dapat berjalan seiring dengan kemajuan negara.  Berikutan daripada itu, kemudahan jalanraya di Pekan Malau menjadi faktor utama dalam rancangan pembangunan luar bandar selaras dengan keperluan semasa.

kemudahan jalan raya

 

Sumber:  Pemerhatian sendiri

 

Kemudahan Tong Sampah.

Seperti di kebanyakan tempat, Pekan Malau juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan kemudahan tong sampah terutamanya untuk kemudahan masyarakat kampung.  Kemudahan ini sedikit sebanyak membantu para peniaga amnya dan warga kampung khasnya untuk membuang sampah dalam tong sampah yang disediakan.  Keadaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah pencemaran dan pembuangan sampah di merata-rata.  Sekurang-kurangnya dengan pengutipan sampah secara berkala oleh syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam pemungutan sampah masalah pencemaran dapat diatasi dengan baik dan berkesan.  

tong sampah

Sumber:  Tinjauan dan pemerhatian sendiri.