Hutan Lipur Ulu Paip

Hutan Lipur Ulu Paip terletak 5 km dari Bandar Kulim dan 37.5 km dari Pekan Malau iaitu kira-kira 39 minit perjalanan.  Hutan Lipur Ulu Paip terletak di Hutan Simpan Gunung Bongsu merupakan jenis hutan dipterokarp pamah yang kaya dengan flora dan fauna.  

 

 

Air Terjun Lata Bukit Hijau

Bukit Hijau terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, 42 km dari Kulim dan 45 km dari Baling, Kedah. Ia terletak kira-kira 12 km dari Pekan Malau.  Bukit Hijau terkenal kerana adanya Lata Bukit Hijau. Lata ini telah diklasifikasikan sebagai sebagai hutan penyelidikan dan pendidikan. Dengan menggunakan jalan lama pengunjung-pengunjug perlu melalui Labu Besar dan Pekan Malau.  Hutan gunung simpan Inas merupakan hutan Dipterokarp Pamah terletak di antara 150km hingga 200 meter dr aras laut.  

Lata Bukit Hijau ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang amat mempersonakan yang dapat menarik perhatian pengunjung. Selain daripada itu, pengunjung-pengunjung berpeluang melalui denai hutan sejauh 3 km melalui hutan dara menuju ke Gunung Inas yang tingginya 1454 meter. Denai-denai hutan ini juga membawa ke Bukit Hijau (8 km), 15 km ke Gunung Bintang Utara (bersempadan Negeri Perak) atau ke Bukit Baubak (15 km).

 

 

Hutan Lipur Sungai Sedim.

Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Pusat reakrasi ini berada kira-kira 20.3 km dari Pekan Malau.  Terdapat pokok hutan seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.  

Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.  Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang. Selain aktiviti mandi-manda dan berkelah, pengunjung juga boleh berkhemah, merentas hutan, bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan fauna yang semulajadi.  Sungai Sedim diberitakan mempunyai jeram terbaik di Malaysia sesuai untuk sukan lasak kayak. Ramai pengunjung, pelancong dari dalam dan luar negara seperti Thailand, Australia, Amerika datang untuk mengharungi cabaran di sini.  

Bagi pengunjung yang berminat untuk melihat pemandangan yang menarik terutamanya pada sebelah pagi anda bolehlah menaiki jambatan yang panjangnya hampir 1 kilometer ini pada harga RM10.00 (dewasa) dan RM6.00 (Kanak-kanak).  Saya difahamkan pengunjung datang paling ramai pada waktu pagi.  Hal ini demikian kerana pada waktu begini, unggas-unggas mula berterbangan dan keadaan ini lebih menarik dengan bunyi kicauan burung. Oleh itu, pencinta burung terutamanya akan menikmati pemandangan ini pada waktu pagi.  Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari link berikut;  www.treetopwalk.com.my

 

penulis di tree top walk

Keterangan gambar:  Penulis di Tree Top Walk baru-baru ini.

atas tree top walk

 Keterangan gambar:  Penulis di atas 'tree top walk'.

permandangan dr ats

Keterangan gambar:  Permandangan dari atas 'The Tree Top Walk'.

 

Nantikan kupasan akan datang bersama cerita sejarah yang berlaku tidak lama dahulu di Sedim. Menariknya sepanjang perjalanan ke Sedim ini terdapat pelbagai cerita menarik, sejarah dan lagenda yang menjadikan Sedim sebagai pusat pelancongan.  Ini termasuklah sejarah Kampung Lindungan Raja dan tempat lain yang menarik disini seperti Lubuk Jong dan lain-lain lagi.

 

Pekan Sehari.

Pekan Sehari Pekan Malau beroperasi pada setiap minggu iaitu pada hari Jumaat dari pukul 8.00 pagi sehingga 12 tengahari.  Pelbagai produk barangan dijual seperti barangan basah dan kering, barangan kecantikan, pakaian, elektrik terpakai (secondhand), barangan 'bundle' (koleksi barangan terpakai tetapi masih elok), dan  pelbagai jenis barangan lain lagi.  Pekan Sehari ini menjadi tarikan kepada bukan sahaja penduduk setempat, malahan juga peniaga yang datang dari kawasan berdekatan seperti Kulim, Kuala Ketil dan Baling.  Menariknya harga barangan yang dijual di sini lebih murah dan berpatutan kerana kedudukannya di luar bandar.  Jadi segala keperluan seharian yang ditawarkan di sini setanding dengan barangan yang dijual di pasar-pasar lain.  Selain itu, pekan sehari ini menawarkan hasil-hasil kampung seperti sayur kampung, ikan keli ternakan, hasil hutan seperti madu lebah dan juga akar-akar kayu.  Oleh sebab itu, ia menjadi daya tarikan kepada penduduk setempat dan penduduk luar kawasan yang berdekatan.

pekansehari1

pekansehari2

pekansehari3