Tarikh      :  10 Zulhijjah 1438H/1 September 2017 M.

Tempat    :  Masjid Jamek Pekan Malau.

Masa       :  09:00 Pagi - 12:00 Tengahari.

 

Sempena Aidiladha 1438Hijrah yang berlalu baru-baru ini, Masjid Jamek Pekan Malau dengan kerjasama golongan belia, ajk masjid dan warga kampung telah sama-sama menunaikan ibadah korban pada hari raya pertama aidiladha.  Sehubungan itu, terdapat beberapa ekor lembu telah ditumbangkan pada hari tersebut.  Berikut ialah gambar sekitar Majlis Korban yang diadakan disini.  Semoga bermanfaat dan mendapat keredhaan Ilahi.  

 korban1

korban2

korban3

korban4

korban5

korban6

korban7

korban8

korban9

 

Sumber:  foto dan gambar daripada petugas pi Pekan Malau, Kulim Kedah.

Tarikh    :  09/05/2017.

Masa      :  08:30 Pagi - 12:30 Tengahari.

Tempat   :  Balai Lintang Masjid Jamek Pekan Malau.

 

Keterangan gambar:  Golongan Belia Berkolobrasi Dengan Golongan Wanita Dan Orang Awam Membersihkan Masjid.

beliavswanita

beliavswanita1

 

Pertubuhan Belia Kampung Seratus, Pekan Malau.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. Muda  2. Pemuda  3. golongan muda secara keseluruhan (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi.  Jadi bagi tujuan tersebut pengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur golongan tersebut, maka yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi.

Atas maksud yang tersirat disebalik makna belia yang dikupas oleh Kamus Dewan Edisi Keempat tersebut, pada kali ini saya ingin mengenengahkan pertubuhan Belia Kampung Seratus, Pekan Malau.  Seperti yang dimaklumkan oleh JKKK Kampung Seratus, iaitu Encik Sahabudin bin Wahab, secara amnya pembabitan pertubuhan belia disini tidak berapa aktif kerana penghijrahan golongan pemuda dan pemudi ke bandar. Tambahan pula dengan kesibukan golongan ini dalam mencari nafkah telah menghadkan persatuan ini daripada bergerak secara aktif.  Namun atas inisiatif beberapa orang pemuda yang tinggal dan menetap disini mereka telah bekerjasama dengan pemuda parlimen Baling dalam program-program kesukanan misalnya. Baru-baru ini melalui sukan bolasepak tujuh sebelah mereka telah menjadi juara bagi pertandingan bolasepak 7 sebelah sempena Hari Kemerdekaan Kali ke-58, Parlimen Baling. Gambar dibawah menunjukkan golongan belia Kampung Seratus menjadi johan pertandingan.  Selain aktif dalam bolasepak belia disini juga terlibat dalam sepak takraw.

 

belia

Sumber dan rujukan:  dari fail encik Sahabudin bin Wahab (JKKK Kg. Seratus) dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=golongan+muda&d=10