Pendidikan merupakan medium terpenting dalam proses pembelajaran seseorang.  Tanpa pendidikan yang sempurna dan mapan dalam menelusuri arus perdana yang semakin mencabar ini, manusia sering melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan. Atas tujuan untuk memantapkan proses pembelajaran negara kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan persekolahan sama ada di bandar dan luar bandar. Pekan Malau jugak tidak terkecuali daripada menerima kemudahan dan peluang mendapat pendidikan di sini.

Bermula dengan pendidikan tadika, prasekolah, rendah dan menengah terutamanya di sini terdapat beberapa buah institusi pendidikan yang diterajui oleh pihak kerajaan. Contohnya tadika KEMAS ( Kampung Seratus dan Pekan Malau), Pusat Anak Permata Negara, Sekolah Kebangsaan Malau, SJKT Ladang Pelam, Sekolah Rendah J/K (C) Phoi Chee Ladang Pelam dan Sekolah Menengak Kebangsaan Bakai.  Jadi lengkaplah sudah insfrastuktur yang diperlukan disini terutamanya dalam bidang pendidikan negara. 

Berikut ialah sedikit maklumat yang dapat diberikan tentang institusi pendidikan.  Maklumat lanjut akan dikemaskini dalam masa terdekat oleh petugas.  Sila layari laman web ini untuk mengetahui maklumat pendidikan di Malaysia:

http://www.moe.gov.my/

Pedidikan Tabika  Kemas Dan Pusat Anak Permata Negara.

Untuk makluman Pusat Anak Permata Negara ini mengambil kanak-kanak yang berusia dua hingga empat tahun sahaja.  Sementara tenaga pendidikan terdiri daripada enam orang guru dan dibantu oleh dua orang pembantu.  Bagi Tabika KEMAS Pekan Malau pula ia diterajui oleh seorang guru  (Puan Hasnah binti Ghazali) dan seorang pembantu.

IMG 6890

tadika pekn malau

 

Pendidikan Sekolah Rendah.

Terdapat tiga buah sekolah rendah di Pekan Malau, iaitu Sekolah Kebangsaan Malau, SJKT Ladang Pelam dan Sekolah Rendah J/K (C) Phoi Chee Ladang Pelam.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Kebangsaan Malau, anda boleh melayari link dibawah:

http://skmalaukulim.blogspot.my/

 

SK Malau

sek k mlau\

IMG 6882

 

 

 

 

sr jk c poi chee

 

Sekolah Menengah.

Sekolah menengah terdekat di kawasan ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai. 

signboard smk bakai

smk bakaI

Sumber dan rujukan:  Pemerhatian Sendiri dan temuramah tidak rasmi dengan pihak Sekolah Kebangsaan Malau.