Tarikh    : 21 April 2018

Masa     :  09:00 Pagi- 02:00 Petang.

Lokasi    : Masjid Jamek Pekan Malau

Peserta  :70 orang

Tujuan

Bertujuan memberi persediaan awal serta ilmu pengetahuan asas tentang pengurusan jenazah. Kursus ini kolobrasi bersama Mini RTC ulu Bakai .

Aktiviti

Taklimat berkaitan pengurusan jenazah serta praktikal turut dijalankan kepada peserta.

 

Gambar disini

Tarikh    :  19 April 2018

Masa     :  03:00 Petang- 05:00 Petang.

Lokasi    :  Pi Pekan Malau

Peserta  :  3  orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta sahaja. Tujuannya adalah untuk memberi pembelajaran asas microsoft power point kepada peserta untuk diaplikasikan dalam kelas pembelajaran mereka.

Aktiviti

Aktiviti utamanya adalah mempelajari basic power point,cara membuat slide baru,cara susun ataur slide,dan sebagainya lagi.

 

Gambar Disini.

 

Tarikh    :  27 & 30 Mac 2018

Masa     :  10:00 Pagi - 1:00 Petang

Lokasi    :  Pusat Internet  Pekan Malau

Peserta  :  10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh  10 orang pelajar lepasan sekolah dalam mengisi dan mengakses portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar dalam mengisi borang upu 'online'. Tujuan kelas  ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk mengisi secara berkumpulan dan boleh bertukar idea pemilihan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti khususnya IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam).  Hal ini demikian kerana para pelajar dapat berkongsi idea tentang kursus yang ditawarkan oleh satu-satu universiti.

Aktiviti

Pelajar  diperkenalkan terus ke laman web http://upu.mohe.gov.my/web/.  Sesi pembelajaran dimulakan dengan asas kemasukan dalam talian laman sesawang Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar melalui carian dari enjin carian google atau terus ke alamat http://upu.mohe.gov.my/web/.  Seterusnya pelajar boleh memohon program yang selaras dengan kelulusan pemohon menerusi program seperti lepasan stpm, politeknik dan sebagainya. Setelah semua lengkap diisi oleh pelajar, mereka perlu menekan butang hantar.  Selepas itu para lepasan bolehlah mencetak maklumat yang didaftar untuk rujukan.

Gambar Disini

 

Tarikh    :  02 April 2018

Masa     :  10:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Lokasi    :  Giat Mara, Baling

Peserta  :  43 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh  43 orang pelajar Giat Mara Baling. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran keselamatan penggunaan di internet yang celik terhadap teknologi (bijak Internet); Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain; Memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri; dan Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari Internet.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah taklimat klik dengan bijak, kuiz dan roda impian.  Pelajar digalakkan menyertai aktiviti ini supaya idea dan penyampaian taklimat dapat diterangkan dengan jelas.  Kesimpulannya, peserta akan lebih memahami taklimat yang diberikan.

Gambar Disini

 

Tarikh    :  15-17 Mac 2018

Masa     :  10:00 Pagi - 1:00 Petang

Lokasi    :  Pusat Internet  Pekan Malau

Peserta  :  8 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang penjaga/ibubapa dalam mempelajari dan mengakses portal Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengisi borang 'online' darjah satu . Tujuan kelas  ini diadakan pada hujung minggu ini adalah untuk menggalakkan para penjaga/ibubapa untuk memahami konsep asas pengisian daftar persekolahan bagi darjah satu sekolah rendah.  Hal ini demikian kerana pada masa hadapan golongan ini perlu mengisi borang untuk kemasukan anak yang lain pula.

Aktiviti

Penjaga/ibubapa diajar mengenai asas borang 'online' pendaftaran darjah satu Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web https://public.moe.gov.my. Sesi pembelajaran dimulakan dengan asas pengetahuan terutamanya dalam mengenali sistem kemasukan ke sekolah rendah dengan memasukkan maklumat ibubapa/penjaga sebagai id daftar masuk pelajar.  Seterusnya pendedahan mengenai daftar atau tarikh imunisasi anak selain daripada maklumat peribadi ibubapa/penjaga dan anak.  Setelah semua lengkap diisi penjaga/ibubapa perlu menekan butang hantar.  Selepas itu ibubapa/penjaga bolehlah mencetak maklumat yang didaftar untuk dihantar kesekolah yang dimohon.

Gambar Disini