BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE

Nama  : Tuan Haji Ismail Bin Ahmad

Umur   : 58 Tahun

Ahli      : 2014

 

Latar Belakang

Pada kali ini, kisah kejayaan akan mengenengahkan seorang ahli Pusat Internet Pekan Malau iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ahmad.  Beliau merupakan seorang guru yang mendaftar sebagai ahli sekitar tahun 2014.  Sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang guru dan sering menghabiskan masanya untuk mempelajari teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di PI Pekan Malau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Dalam usia yang sebegini, Tuan Haji Ismail Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ismail gigih meneroka dunia ICT tanpa jemu.  Kemudahan teknologi maklumat yang terdapat di PI Pekan Malau yang tidak jauh jaraknya dari rumah beliau memudahkannya untuk kesini. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan emel dan media sosial lain menjadi pencepat dan memudahkan beliau membuat kerja.  Tambahan pula kerjayanya sebagai seorang guru, penggunaan emel misalnya telah memudahkan kerja-kerja sehariannya di sekolah.  Hal ini demikian kerana ia cepat, mudah dan berkesan dalam kelancaran kerja-kerja menghantar data dan sebagainya.

Kini, beliau yang juga merupakan AJK Masjid Jamek Pekan Malau turut datang menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan masjid di pusat internet.  Penggunaan optimum dan secara berhemah dan bermanfaat mampu menjana pemupukan budaya mencari maklumat di hujung jari.  Semoga kegigihan cikgu ini mendorong kelompok masyarakat yang seusia beliau bersemangat untuk meneroka ilmu baru dalam ICT. 

 kisahkejayaancgismail

kisahkejayaancikguismail1

Huraian gambar:  Cikgu Ismail ketika menerima tunjuk ajar daripada petugas pi.