BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE

Nama  : Muhammad Hasif Bin Zulqurnain. 

Umur   : 10 Tahun

Ahli      : 2018

Latar Belakang

Pada kali ini, kisah kejayaan akan mengenengahkan seorang ahli Pusat Internet , Pekan Malau iaitu adik Muhammad Hasif Bin Zulqurnain.  Beliau merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang sangat komited sebagai pelajar.  Sering menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi pusat internet untuk mempelajari teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di Pusat Internet Pekan Malau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.

Dalam usia yang masih muda, adik Hasif gigih meneroka dunia ICT tanpa jemu.  Kemudahan teknologi maklumat yang terdapat di Pusat Internet Pekan Malau yang tidak jauh jaraknya dari rumah beliau memudahkannya untuk kesini hampir setiap hari.  Pantang ada kelas yang dianjurkan petugas pusat internet beliau tidak gagal untuk menyertainya. Sebelum melibatkan diri dengan pusat internet adik hasif masih takut-takut dan teragak-agak untuk menekan keyboard. 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.

Selepas melibatkan diri dengan pusat internet adik hasif begitu komited dengan komputer.  Pengenalan dengan dunia komputer dan ICT merancakkan lagi penggunaannya di pusat internet.  Saban hari beliau tanpa jemu mengunjungi pusat internet dengan melayari enjin carian semasa dalam usaha mencari bahan untuk tugasan sekolah.  Impaknya, adik ini semakin bijak melayari internet tanpa perlu disuruh lagi.  

Kini, adik ini datang menyiapkan kerja-kerja sekolah di pusat internet.  Penggunaan optimum dan secara berhemah dan bermanfaat sangat diberikan penekanan oleh petugas pusat internet dalam usaha pemupukan budaya mencari maklumat di hujung jari.  Semoga kegigihan adik ini mendorong kelompok masyarakat yang seusianya bersemangat untuk meneroka ilmu baru dalam ICT. 

 hasif1

 

 hasif2

hasif3

Huraian gambar:  Adik Muhammad Hasif ketika menerima tunjuk ajar daripada petugas PI.