Usahawan Kek

Nama  : Umai Kalsum Binti Hashim. 

Umur   : 49 Tahun

Ahli      : 2016

 

 

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan yang sudah lama menceburi dalam bidang ini. Tetapi sudah mula mendapat sambutan diklangan masyarakat sekitar Pekan Malau.,bakai,dan sekitar daerahnya. Beliau turut memuat naik makanan ini iaitu kerepek pisang beliau kedalam my shop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau masih ditahap permulaan stabil kerana masih diperingkat perkenalan. Masih dalam proses memperluaskan lagi produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau kini telah memiliki facebook dan blognya sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan . selain itu beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.sambutan amat menggalakkan. Pendapatan bulanan meningkat serta dapat perhatian pihak berkaitan.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
  • Mempelajari cara mengambil order melalui FB
  • Mempelajari Microsoft office iaitu terutama excel yang mudahkan lagi proses kiraan akaun dan sebagainya.
  • Ajar teknik cara mengambil gambar produk.
  • Cara membuat atau menerima tempahan melalui media sosial whatapps web dan sebagainya.
  • Cara close order dan sebagainya.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk
  • Memberi kelas tambahan
  • PI juga telah membantu dengan adanya banyak program kesedaran internet kepada komuniti setempat amnya selain mengadakan latihan/bengkel ICT yang sedia ada.