BELAJAR MELAYARI INTERNET,  DAN MICROSOFT OFFICE .

Nama  : Zubaini Binti Lee Eng Lye@Ahmad. 

Umur   : 41 Tahun

Ahli      : 2019

Latar Belakang

Pada kali ini, kisah kejayaan akan mengenengahkan seorang ahli Pusat Internet , Pekan Malau iaitu Puan Zubaini Binti Lee Eng Lye@Ahmad.  Beliau merupakan seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Sri Inas.  Sering menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi pusat internet untuk mempelajari teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) di Pusat Internet Pekan Malau.  Terutamanyanya dalam pengisian sistem portal maklumat pendidikan islam (simpeni).  

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT dan melibatkan penggunaan pusat internet Puan Zubaini malu-malu dan segan untuk memegang keyboard.  Takut salah katanya.  Sebelum mahir menggunakan internet, beliau kerap meminta pertolongan suami dan anak untuk mengisi data di simpeni dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet.

Selepas melibatkan diri dengan pusat internet Puan Zubaini begitu komited dengan komputer.  Dalam usia sebegini, Puan Zubaini tanpa jemu mengunjungi pusat internet pekan malau untuk membuat kerja dan mempelajari microsoft office.  Beliau kerap melayari laman sesawang   https://simpeni.islam.gov.my untuk mengisi maklumat pelajar.  Selain itu, puan ustazah juga sudah pandai menggunakan microsoft office word, excel untuk kerja-kerja di tempat kerja beliau.  

 Gambar:  Puan Zubaini sedang mempelajari microsoft office word.