Usahawan Kerisik Tumbuk Wangi.

Nama  : Puan Sanisah Binti Abdullah. 

Umur   : 44 Tahun

Ahli      : 2014

 

Latar belakang

Merupakan seorang usahawan dan juga guru tadika yang sudah lama menceburi bidang usahawan ini. Beliau memasarkan produknya di platform dashboard komuniti (MyShop) pada tahun 2018 lagi.  Selain turut memasarkan produknya di kedai-kedai runcit sekitar pekan malau dan di media elektronik.  Selain kerisik produk yang dihasilkan beliau ialah pulut panggang, dan acar limau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan dalam bidang usahawan ini masih diperingkat permulaan kerana baru berjinak-jinak dalam bidang ini . Masih dalam proses memperluaskan lagi produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau mula memasarkan produknya dalam media sosial  facebook.   Selain itu beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.  Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pendapatan bulanan mula mengalami peningkatan melalui perusahaan kerisiknya.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
  • Mempelajari cara mengambil order melalui FB
  • Mempelajari Microsoft office iaitu terutama excel yang mudahkan lagi proses kiraan akaun dan sebagainya.
  • Ajar teknik cara mengambil gambar produk.
  • Cara membuat atau menerima tempahan melalui media sosial whatapps web dan sebagainya.
  • Cara close order dan sebagainya.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk melalui myShop.
  • Memberi kelas tambahan seperti kelas microsoft excel.
  • PI juga telah membantu dengan adanya banyak program kesedaran internet kepada komuniti setempat amnya selain mengadakan latihan/bengkel ICT yang sedia ada.

 

usahawan

produk3

Keterangan gambar:  usahawan kerisik dan produk keluarannya.