Usahawan Produk Cheezy Meatball & Chicken Pop.

Nama : JAUHARATUD DINI AHMADDIN JANI

Umur  : 36 Tahun

Ahli     : 04 April 2017

Latar belakang

Merupakan seorang usahawanita yang meniaga hanya menjadikan rumah beliau sebagai tempat berniaga.  Seorang yang mementingkan kepelbagaian makanan bagi kepuasan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan medium teknologi maklumat sebagai bahan hebahan beliau hanya membuat hebahan atau iklan hasil jualan melalui kedai-kedai berhampiran kawasan tempat tinggal dan dari mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengenali internet beliau lebih bergerak secara aktif dalam hebahan produk hasilnya. Melalui kelas usahawan yang dijalankan oleh Pusat Internet Pekan malau, beliau kini telah memiliki facebook dan media sosial lain untuk mempromosikan hasil jualan. Selain itu, beliau juga sudah mempelajari asas-asas perniagaan sebenar-benarnya.