Usahawan Kain Batik Viral (Shopee)

Nama : ZANARIAH BT ZOLKEPLI

Umur  : 44 Tahun

Ahli     : 09 Oktober 2018.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan kain batik viral dikawasan pekan Malau  dan merupakan seorang yang bergerak aktif pernigaan atas talian  sekarang. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke Pusat Internet untuk mendapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau secara atas talian. Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan Pusat Internet adalah secara offline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke Pusat Internet (PI) pendapatan beliau meningkat kepada RM1000.00 hingga RM3000.00 sebulan. Kedai Shopee beliau menerima sambutan yang sangat menggalakkan sehingga mampu mencapai peringkat ke-3 dalam pertandingan usahawan online anjuran MSD-Digital Intelligence Sdn. Bhd.  hasil pendedahan dan pembelajaran beliau di sini.