Usahawan Makanan Chocojar Premium Dan AnekaTudung.

Nama :  NURUL AFIRAH BINTI BAHAROOM.

Umur  : 22 Tahun.

Ahli     : 09 Mac 2016.

Latar belakang

Usahawan muda yang diberi nama Nurul Afirah Binti Baharoom ini tinggal di Kampung air kepar, 09020 malau.  Beliawanis  yang mempunyai matlamat yang tinggi ini mempunyai perniagaan miliknya sendiri yang diusahakan secara kecil-kecilan.  Masih lagi menuntut ilmu di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi sudah memiliki prospek kerjaya masa depan. Beliau membuat pelbagai jenis kerepek dengan penjenamaan Mami Ena Kerepek House.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu menjual produk beliau di dalam shopee dan pendapatan beliau sebelum terlibat dengan PI hanya RM 100.00 dan tempahan dibuat oleh komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT pendapatan beliau meningkat kepada RM500.00-RM1000.00.  Sambutan ke atas kedai atas talian shopee beliau juga menggalakkan.  Kini beliau datang ke PI untuk mempelajari jualan secara atas talian terutamanya dalam Shopee dan pernah membuat jualan secara langsung di shopee.