BELAJAR MICROSOFT OFFICE TAHAP TINGGI DAN INTERNET

Nama  : Mohamad Zaki Bin Mat Zin

Umur   : 28 Tahun

Ahli      : 2016

 

Latar Belakang 

Dilahirkan pada tanggal 23 Ogos 1990, pemuda yang diberi nama Mohamad Zaki bin Mat Zin ini gigih berusaha untuk menggamit kejayaan yang lebih baik pada masa hadapan.  Walaupun sudah berumahtangga dan memiliki seorang cahaya mata, namun semangatnya untuk meraih pendidikan yang lebih tinggi tidak pernah dilupakan.  Jadi berbekalkan keazaman yang kuat serta dorongan yang tidak berbelah bahagi, insan yang berpandangan jauh ini komited untuk meneruskan pendidikan walaupun bukan sebagai siswa sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan Pi

Mohamad Zaki tidak jemu-jemu mengunjungi pusat internet ini khususnya pada hujung minggu dan pada hari cuti beliau.  Hal ini demikian kerana keperluan pembelajaran dalam menyediakan tugasan (assignment) yang diberikan pensyarah memerlukan beliau mencari bahan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan.  Keterbatasan masa sebagai salah seorang pekerja di Syarikat First Solar dan Siswa Program Pengajian Separuh Masa di Anjung UNIMAP Kulim memaksa beliau berfikiran lebih bijak dengan mengujungi Pi terdekat dalam menyiapkan tugasan.

Melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di peringkat Diploma di institusi ini, Mohamad Zaki perlu menguruskan masa dengan bijak di antara kerjaya, keluarga dan pelajaran agar berjalan seiring waktu.  Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat ini, beliau berpendapat setiap insan berpotensi untuk mendapat pendidikan tertinggi walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan.  Namun, bidang pendidikan tidak boleh dipinggirkan sama sekali apatah lagi dengan kemajuan pesat bidang teknologi maklumat ini.  Bertitik tolak dari kepesatan teknolologi maklumat dan telekomukasi yang semakin canggih ini, beliau menerima cabaran sebagai warga siswa anjung UNIMAP Kulim.

Menggalas komitmen yang besar, Mohamad Zaki berpendapat beliau adalah di antara insan yang bertuah kerana kawasan luar bandar seperti Pekan Malau ini memiliki sebuah Pusat Internet (Pi).  Hai ini memudahkan beliau mencari bahan dan maklumat yang berkaitan kursus pengajian dalam menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.  

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan Pi

Beliau telah mempelajari banyak perkara dengan lebih mendalam lagi berbanding dengan halnya sebelum ini.  Hal ini demikian kerana penggunaan aplikasi yang bijak dalam sistem maklumat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan  dalam mencari sesuatu bahan baharu.  Dengan bantuan daripada petugas-petugas Pi juga saya memperolehi ilmu baru dari semasa ke semasa."

  Bayaran yang lebih murah dan berpatutan berjaya menarik perhatianbeliau untuk datang ke sini.  Selain itu, kemudahan lain seperti mesin photostat, binding, laminate dan sebagainya merupakan kemudahan yang sesuai dan memang diperlukan oleh seseorang pelajar terutamanya dalam mencetak bahan pelajaran tambahan. Secara keseluruhannya, perkhidmatan yang disediakan terbaik.

 

 

 

Q1a

Q1b

Huraian Gambar:  Mohamad Zaki b. Mat Zin sedang menyiapkan tugasan yang diberikan.