Usahawan Produk Makanan Dan Kesihatan.

Nama : Jauharatuddini Binti Ahmaddin Jani.

Umur  : 39 tahun

Ahli     : 12 Februari 2023.

Latar belakang

Pada mulanya beliau merupakan seorang usahawan pengusaha makanan.  Bermula dengan menjual sate frozen, kemudian mencuba memasarkan aiskrim jenama sendiri(Aiskrim Bismillah).  Kini dengan berbekalkan semangat keusahawanan yang ada beliau mengorak langkah dengan menjadi agen produk kesihatan seperti krim mandian, minyak angin, dan produk kesihatan lain.  Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu dalam bisnes yang sedang diceburinya ini.seringkali menghadiri kursus-kursus perniagaan yang diadakan di PEDi Pekan Malau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan PEDi hanya RM 100.00 dan tempahan hanya dikalangan rakan-rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke PEDi iaitu pendapatan beliau meningkat kepada RM300.00 - RM800.00 hasil jualan produk kesihatan beliau. Kini beliau datang ke PEDi untuk pelajari jualan secara atas talian terutama dalam TikTok Shop, Shopee dan WhatsApp.