BELAJAR INTERNET , MENAIP , MENCETAK , MICROSOFT OFFICE DAN WEB.

Nama  : Nur Zahirah Binti Mahadzir

Umur   : 16 Tahun

Ahli      : 2013

 

Latar Belakang

Pada kali ini Pusat Internet  Pekan Malau ingin berkongsi kisah kejayaan adik Nur Zahirah Binti Mahadzir. Dilahirkan pada tanggal 09 April 2002, seorang pelajar yang begitu berdedikasi dalam mengejar ilmu.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau sehingga darjah enam sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu.

Mengimbau kembali detik awal pembukaan Pusat Internet Pekan Malau pada pertengahan 2013 adik Nur Zahirah merupakan antara pengungjung tegar pusat internet ini.  Pendedahan awal yang diterima beliau iaitu sejak dari sekolah rendah ke dunia teknologi maklumat (IT) menjadikannya celik IT pada usia yang cukup muda.  Berbekalkan pengetahuan dan kemudahan pusat internet ini yang terletak lebih kurang 500 meter dari kediamannya (Kampung Seratus), memudahkan adik Nur Zahirah mengunjungi pusat ini.  

Dengan dihantar oleh ibubapa atau menaiki basikal, adik Nur Zahirah gigih mencari bahan atau maklumat semasa yang dikehendaki guru di Pusat Internet  Pekan Malau.  Datangnya ke Pusat Internet Pekan Malau ini bukan untuk membuang masa semata-mata, tetapi beliau datang untuk mencari bahan-bahan dalam pembelajaran di sekolah terutamanya maklumat melaui internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Adik ini tidak pernah jemu dalam pencariannya dalam menyiapkan kerja sekolah yang banyak melibatkan internet.  Beliau selalu datang ke Pusat Internet  ini dan tidak pernah jemu dan segan silu untuk bertanyakan soalan, cara atau apa sahaja berkaitan pencariannya dengan petugas PI disini.  Adik Nur Zahirah ini juga tidak lokek dengan ilmu yang dimiliki untuk dikongsi dengan rakan-rakannya. Penggunaan internet secara khusus dalam penyediaan folionya dan kawan-kawannya amat memberanangkan kerana minat mereka yang amat mendalam terhadap penggunaan internet serta ilmu berasaskan ICT yang disediakan di Pusat Internet ini.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Dengan perkhidmatan yang disediakan di Pusat internet Pekan Malau ini, pengguna akan lebih mudah melayari internet dan penggunaan sistem CMS yang sangat sistematik ini membolehkan pelajar sekolah mengakses internet dengan kadar bayaran yang sangat murah.  Adik ini telah memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah rendah tahun 2014. Beliau manyatakan Pusat Internet banyak membantu beliau dalam penyedian kemudahan serta petugas yang tidak pernah jemu memberi ilmu yang mereka miliki.  Adik Nur Zahirah kini telah menyambungkan pelajarannya ke Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu, Kroh Perak.

Kini,walaupun beliau telah melanjutkan pelajaran ke tempat lain beliau masih terus mengunjungi PI Pekan Malau, terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.  Beliau menyatakan bahawa beliau akan terus dating ke Pusat Internet Pekan Malau dalam pencarian maklumat untuk pelajarannya kelak walaupun hanya sebulan sekali pulang dan datang ke PI ini.

zahiraha

zahirahb

zahirahc