Tarikh    :  19 Julai 2019

Masa     :  08:30 Pagi - 12:00 Tengahari.

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  :  Pelajar Sekolah dan Dewasa.

Tujuan


Saringan kesihatan dan pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.  Sementara pelajar sekolah menengah mengisi aktiviti harian dengan membuat kerja kursus sekolah.

Aktiviti.

Petugas menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan terhadap komuniti setempat dengan membuat pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.  Sementara untuk aktiviti kerja kursus, petugas memberi tunjuk ajar untuk bahagian-bahagian yang tidak difahami oleh pelajar.

Gambar Disini.

Tarikh   11 Julai 2019
Masa 10.00 pagi - 1.00 petang.                           
Tempat   SMK Kuala Ketil.        
Peserta  Pelajar Sekolah dan komuniti setempat.

Tujuan : Mendekatkan komuniti dan warga sekolah dengan pusat internet serta memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak.

Aktiviti :-
1. Dam Ular Gergasi.
2. 'Word Search'.
3. Roda Impian.
4. Teka Jumlah.
5. 'Word' Imaginasi
6. Penerangan My Freeview Tv

Gambar Disini

Tarikh    :  28 Jun 2019

Masa     :  10:00 Pagi - 12:00 Tengahari.

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  :  Dewasa.

Tujuan

Permohonan kemasukan melalui Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.  

Aktiviti.

Dengan melayari laman sesawang https://public.moe.gov.my/?survey=1&kpm=, pengguna boleh mendaftar kemasukan anak ke sekolah secara dalam talian.  Disamping itu, pengguna juga diminta untuk membuat akaun email bagi yang tiada akaun.  Jadi, secara tidak langsung ia dapat memudahkan kerja dan menjimatkan masa.

Gambar Disini.

Tarikh   29 Jun 2019
Masa 10.00 pagi - 1.00 petang.                                
Tempat   Kg. Bukit Pak Kuning               
Peserta  Komuniti setempat

Tujuan : Mendekatkan komuniti dengan pusat internet serta memberi penerangan tentang my tv.

Aktiviti :-
1. Pengenalan Pusat Internet
2. Promosi Dashboard Komuniti
3. Pemeriksaan Kesihatan 
4. Jigsaw Puzzle Dashboard
5. Roda Impian
6. Penerangan My Freeview Tv
7. Teka Jumlah Duit Syiling

Gambar Disini

Tarikh    :  21 Jun 2019

Masa     :  10:00 Pagi - 12:00 Tengahari.

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  :  Pelajar Sekolah.

Tujuan


Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.  Pendedahan terhadap e-pembelajaran permainan pendidikan iaitu bermain sambil belajar.  

Aktiviti.

Dengan melayari laman sesawang https://www.digipuzzle.net/education/ , pelajar dapat bermain sambil belajar dalam pelbagai bentuk permainan seperti silangkata, mengira dan sebagainya.

Gambar Disini.