Tarikh    :  16&17Mei 2019

Masa     :  10:00 Pagi - 11:00 Pagi

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  :  Dewasa.

Tujuan


Pengenalan email dan pengunaannya kepada golongan dewasa untuk kemudahan semasa.  Contohnya semasa permohonan daftar persekolahan anak dan permohonan kerja.

Aktiviti.

Didedahkan secara praktikal untuk keperluan semasa supaya pengguna tahu memanfaatkan penggunaan email dan internet dengan baik sebagai pemudah cara.  Kerja menjadi lebih mudah dan lancar dengan pengetahuan asas semasa.

Gambar Disini.

Tarikh    :  7&8 Mei 2019

Masa     :  10:00 Pagi - 11:00 Pagi

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  :  Lepasan Sekolah Dan Komuniti Pekan Malau.

Tujuan

Capaian internet yang mudah dapat membantu komuniti setempat mempelajari dan mengakses data dan maklumat di dalam telefon untuk dikeluarkan secara 'print out" tanpa menyambung wayar 'cable' USB.  Jadi komuniti didedahkan dengan kemudahan whatsApp Web sebagai salah satu alternatif mudah dan cepat.

Aktiviti.

Secara praktikal komuniti diberi pendedahan dan pengenalan kepada WhatsApp Web dalam muat turun dan naik data dan maklumat supaya dapat diakses secara berkesan dan mudah.  Selain WhatsApp Web komuniti turut diberi pendedahan kepada Telegram Web.  Semuanya mudah dihujung jari.

Gambar Disini.

Tarikh    :  23-24 April 2019

Masa     :  10:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  : Murid-murid tadika Kemas Mukim Bakai.

Tujuan

Pendedahan  dan pengenalan awal dalam kalangan murid-murid tadika kemas mukim bakai kepada dunia pengkomputeran dan pengenalan kepada internet sesuai dengan kaedah pembelajaran pra-sekolah.

Aktiviti.

Murid-murid didedahkan secara interaktif pembelajaran asas pendidikan dalam kaedah membaca, mendengar sambil bernyanyi dalam pendidikan bahasa terutamanya pendidikan Bahasa Inggeris, mewarna dalam talian dan sebagainya.  Kaedah-kaedah ini diharap dapat menarik minat murid belajar dan membaca.

Tarikh    :  29 April 2019

Masa     :  08:00 Pagi - 02:00 Petang

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  : Komuniti Pekan Malau.

Tujuan

Hari Bersama Komuniti Pekan Malau diperkenalkan kepada kalangan komuniti setempat sebagai pendedahan kepada dashboard komuniti dan taklimat, pameran dan penggunaan aplikasi dashboard pekan malau kepada penduduk tempatan.  

Aktiviti.

Pelbagai aktiviti dan pameran dan juga perkhidmatan daripada agensi-agensi yang terlibat dalam memeriahkan lagi hari bersama komuniti pekan malau.  Antaranya ialah Tabung Haji, KWSP, Arrahnu-Yapeim, dan sebagainya dalam memeriahkan lagi program pada kali ini.

Gambar Disini.

Tarikh    : 19 April 2019

Masa     : 10:00 - 12:20 Petang

Lokasi    :  PI Pekan Malau. 

Peserta  :  Dewasa.

Tujuan

Pendedahan kepada media sosial WhatsApp Web sebagai satu kemudahan dalam pengurusan kerja seperti muatnaik dan muat turun data, gambar dan sebagainya.  Daftar online pula pada kali ini mengenengahkan pendaftaran nikah online dan juga daftar darjah satu online.

Aktiviti.

Pengguna didedahkan kepada penggunaan whatsApp Web terutamanya dalam menghantar data, dan seterusnya data boleh dimuatnaik dan dimuat turun melalui aplikasi ini.  Kesannya dapat memudahkan kerja pengguna dalam urusan seharian yang melibatkan internet. 

Gambar Disini