Tarikh    :  09 Januari 2019

Masa     :  03:30 Petang - 05:30 Petang.

Lokasi    :  Pusat Internet Pekan Malau.

Peserta  :  Pelajar Sekolah Menengah.

Tujuan

Kelas  excel pada hari ini merupakan modul pengenalan mudah kepada hamparan kerja secara elektronik atau bahasa mudahnya microsoft excel.  Pada hari ini pelajar diberi pendedahan tentang proses mebuat jadual dan membina graf. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan dimulakan dengan latihan-latihan yang mengandungi data-data dan maklumat yang sesuai dengan modul pembelajaran. 

Gambar Disini

Tarikh    :  3&4 Januari 2019

Masa     :  03:30 Petang - 05:30 Petang.

Lokasi    :  Pusat Internet Pekan Malau.

Peserta  :  Kategori Dewasa.

Tujuan

Kelas  emel dan mengisi borang nikah online  ini disertai oleh tiga orang dewasa.  Petugas sekadar memberi tunjuk ajar bagi slot-slot tertentu sahaja bagi melancarkan proses pengisian data dan maklumat yang diperlukan.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan dimulakan dengan melayari laman web nikah online:  http://www.sppim.gov.my/sppim/home.  Seterusnya calon dikehendaki mendaftar pada ruang benar nikah online bagi pengisian borang kali pertama.  Oleh sebab calon tiada emel, maka calon perlu membuat emel dan petugas memberi panduan kepada peserta.

Gambar Disini

Tarikh    :  20 Disember 2018

Masa     :  08:30 Pagi - 01:30 Petang

Lokasi    :  Pusat Internet Pekan Malau.

Peserta  :  Komuniti Pekan Malau.

Tujuan

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Pekan Malau yang diadakan bagi tujuan melahirkan komuniti yang mengamalkan hidup sihat dalam kehidupan seharian. Antara agensi yang terlibat seperti AADK, KKM,PERGIGIAN,KOSPEN dan PADK BAKAI.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut seperti berikur:-

1) Gosok gigi beramai-ramai

2) Jalan 1000 langkah

3) Senamrobik

4) Jigsaw puzzle online

4) Mewarna Online

5) Pertandingan makanan sihat (Kerabu ulaman)

6) Pertandingan makanan sihat (sandwich)

7) Artikel kesihatan (my komuniti)

8) Plot tempat(my place)

9) Mewarna poster kesihatan

 

Gambar disini

Tarikh    :  23/24 Disember 2018

Masa     :  10:30 Pagi - 12:30 Tengahari

Lokasi    :  Pusat Internet Pekan Malau.

Peserta  :  Kategori Dewasa.

Tujuan

Kelas  'word'  pada hari ini disertai oleh dua orang dewasa.  Pembelajaran  berkisar tentang format penulisan/menaip surat rasmi dan mengedit gambar dari whatsapp web untuk kemudahan dalam pembelajaran dan membuat kerja.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan dimulakan dengan pengenalan format penulisan surat rasmi bertajuk 'rayuan kemasukan ke asrama sekolah' oleh ibu/penjaga murid sekolah menengah.  Sementara whatsapp web pula memudahkan kerja mengedit gambar ke 'word' dalam usaha memudahkan kerja.

Gambar Disini

Tarikh    :  13 Disember 2018

Masa     :  02:30 Petang - 03:30 Petang

Lokasi    :  Pusat Internet Pekan Malau.

Peserta  :  Pelajar sekolah menengah.

Tujuan

Kelas ulangkaji ini berkisar tentang penggunaan emel yang betul dan bagaimana pelajar dapat menggunakannya untuk menghantar emel, mengarang emel beserta lampiran yang perlu di'attach' sekiranya perlu.  Seterusnya pembelajaran diteruskan lagi dengan pengenalan kepada WhatsApp Web, Telegram Web bagi kemudahan pelajar untuk mengakses bahan dari sumber terbabit menerusi penggunaan komputer.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan dapat memperkenalkan pelajar kepada penggunaan yang betul dalam pembelajaran emel, whatsApp dan telegram.

Gambar Disini