Nama :  ISMAIL BIN AHMAD

Umur  :  61 Tahun

Ahli    :  22 FEBRUARI 2014.

Latar belakang

Beliau merupakan guru yang bertugas di sekolah menengah yang sering  datang ke PEDi Pekan Malau untuk belajar asas ICT dan yang berkaitan dengannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti kelas asas komputer beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet terutamanya yang melibatkan media sosial, emel dan sebagaiya yang berkaitan dengan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di PEDi Pekan Malau beliau banyak berubah dari segi menaip serta makin mahir dalam penggunaan komputer  dan kini beliau telah mengenali kompenen utama komputer.  Beliau juga semakin mahir berkomunikasi melalui platform media sosial dengan menghantar lampiran yang yang diperlukan oleh pihak berkaitan melalui emel dan sebagainya.


 

Nama : MUHAMMAD SUFI IMAN BIN ANUAR

Umur  : 12 Tahun

Ahli    : 01 JUN 2018.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun 6 yang sering  datang ke PIK untung belajar asas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti kelas asas komputer beliau tidak mahir dalam penggunaan internet, menaip dan berkaitan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di PIK beliau banyak berubah dari segi menaip serta makin mahir dalm penggunaan komputer  dan kini beliau telah mengenali kompenen utama komputer.  Beliau juga merupakan pelanggan tetap e-tuisyen pusat internet komuniti.


 

Usahawan Kuih Kering (Agar-agar kering, kuih ros & tempeyek)

Nama : SHAIDATUL NAZIAH BINTI MASRI

Umur  : 37 tahun

Ahli     : 11 November 2018.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan makanan kering dikawasan Pekan Malau  dan merupakan seoarang yang amat aktif dalm bisnes online sekarang. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke PIk untuk mendapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam bisnes beliau terutamanya atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya meminta bantuan daripada orang sekelilingnya untuk membantu mempromosi produk keluaran beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke PIK iaitu pendapatan beliau meningkat kepada RM500.00-RM1000.00. Produk beliau menerima sambutan dan tempahan yang semakin banyak selepas penggunaan ICT terutamanya media sosial facebook.  Kini beliau datang ke PIK untuk mempelajari jualan secara atas talian terutama dalam Shopee.


 

Nama : NUR ANIZA AZ-ZAHRAA' BT ANUAR

Umur  : 7 Tahun

Ahli    : 26 April 2021

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun 1 yang datang ke Pusat Internet Komuniti untuk belajar asas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti kelas asas komputer pengguna kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan masih lagi berlatih menaip. Selain itu, beliau tidak mahir dalam penggunaan internet dan perkara berkaitan peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di PIK beliau banyak berubah dari segi menaip serta semakin mahir dalam penggunaan komputer  dan kini beliau telah sedikit sebanyak mengenali komponen utama komputer.


 

Usahawan Aneka Kek.

Nama : Siti Noor Hartini Binti Hussain.

Umur  : 37 tahun.

Ahli     : 17 November 2015.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan kek yang masih baru  dikawasan Pekan Malau  dan merupakan seorang yang masih belajar dalam  bisnes online masakini. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke PIk untuk dapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam bisnes beliau terutamanya pembelian atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan PIK hanya RM 100.00 dan tempahan hanya dalam kalangan masyarakat setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke PIK iaitu pendapatan beliau meningkat kepada RM300.00-RM800.00. Beliau menerima sambutan sangat-sangat menakjubkan dikalangan komuniti sekitar malau ini. Dan  makin banyak dan merata tempat datang ke rumah belia untuk tempahan kek. .Kini beliau datang ke PIK untuk pelajari jualan secara atas talian terutama dalam facebook.