Nama : ABDUL HALIM BIN ARWIN

Umur  : 66 Tahun

Ahli     : 31 Disember 2020

Latar belakang

Beliau merupakan seorang Pengerusi Rukun Tetangga Pekan Malau  yang sering kali juga datang ke Pusat Internet Komuniti  bagi urusan berkaitan rukun tetangga  serta menaip surat berkaitan kerja kemasyarakatan.  Beliau juga merupakan seorang yang sangat komited dalam sesuatu yang dipelajarinya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum mengikuti kelas asas komputer beliau tidak mahir dalam penggunaan internet, media sosial, dan menaip surat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di PIK beliau banyak berubah dari segi menaip surat serta semakin mahir dalam penggunaan komputer dan media sosial.


 

Usahawan Aneka Roti 'Homemade'.

Nama : NORSUHAIDA BINTI ABD RASHID.

Umur  : 29 Tahun.

Ahli     : 28 Oktober 2017.

Latar belakang

Beliau merupakan seorang usahawan aneka roti dan pizza dikawasan sekitar mukim bakai ini  dan merupakan seorang yang amat aktif dalam bidang perniagaan atas talian sekarang. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu datang ke PI untuk mendapatkan info terbaru berkaitan produk yang boleh diketengahkan lagi dalam bisnes beliau terutama atas talian..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan  serta tidak tahu mempromosikan produk yang dijualnya secara atas talian.  Tempahan hanya dalam kalangan komuniti Malau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah diberi tunjuk ajar mengenai perniaggan atas talian  beliau mula menerokai dunia perniagaan dengan bimbingan petugas Pusat Internet. Kini beliau datang ke PI untuk mempelajari jualan secara atas talian seperti medium Shopee.


 

Nama : FATIN NABILAH BT MD KASIM

Umur  : 14 Tahun.

Ahli     : 24 Januari 2020.

Latar belakang.

Beliau merupakan seorang pelajar yang sering kali juga datang ke PIK bagi mengisi masa lapang serta mencari info-info berkaitan kerja sekolah. Beliau juga merupakan seorang yang sangat komited dalam sesuatu pembelajaran baru.  Pandemik covid-19 telah mencetus  Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) telah memaksa beliau hadir ke pusat internet lebih kerap kerana liputan internet di rumahnya tidak memuaskan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI.

Sebelum mengikuti kelas asas komputer beliau kurang mahir menggunakan pengisian komputer dan tidak mahir dalam penggunaan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI.

Selepas beliau datang ke kelas asas internet di PIK beliau banyak mencari bahan pembelajaran beliau.dan sudah pandai dalam pencarian info-info yang dikehendaki.


 

Usahawan Makanan Chocojar Premium Dan AnekaTudung.

Nama :  NURUL AFIRAH BINTI BAHAROOM.

Umur  : 22 Tahun.

Ahli     : 09 Mac 2016.

Latar belakang

Usahawan muda yang diberi nama Nurul Afirah Binti Baharoom ini tinggal di Kampung air kepar, 09020 malau.  Beliawanis  yang mempunyai matlamat yang tinggi ini mempunyai perniagaan miliknya sendiri yang diusahakan secara kecil-kecilan.  Masih lagi menuntut ilmu di sebuah pusat pengajian tinggi, tetapi sudah memiliki prospek kerjaya masa depan. Beliau membuat pelbagai jenis kerepek dengan penjenamaan Mami Ena Kerepek House.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu menjual produk beliau di dalam shopee dan pendapatan beliau sebelum terlibat dengan PI hanya RM 100.00 dan tempahan dibuat oleh komuniti setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT pendapatan beliau meningkat kepada RM500.00-RM1000.00.  Sambutan ke atas kedai atas talian shopee beliau juga menggalakkan.  Kini beliau datang ke PI untuk mempelajari jualan secara atas talian terutamanya dalam Shopee dan pernah membuat jualan secara langsung di shopee.


 

Usahawan Kopi (Usahawan Shopee).

Nama : Aini Hafiza Binti Abd Aziz.

Umur  : 20 Tahun

Ahli     : 29 Jun 2015

Latar belakang

Aini Hafiza Binti Abd Aziz merupakan usahawan baru online Pusat Internet yang mengikuti Bengkel Shopee yang diadakan baru-baru ini. Walaupun baru berkecimpung dalam dunia perniagaan secara separuh masa  di kedai shopee miliknya. Anak bongsu daripada empat beradik ini menunjukkan minat yang mendalam dalam perniagaan walaupun masih menuntut di Universiti Utura Malaysia dalam bidang Sains Pemutusan. Beliau yang mengambil peluang ini untuk menambah duit poket dengan usahanya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara untuk mempromosikan produk beliau di Kedai Shopee dan tidak tahu cara mempromosi produk dengan betul.  Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan PI hanya RM 200.00 dan tempahan hanya dalam kalangan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau datang ke PI pendapatan beliau meningkat kepada RM300.00-RM500.00.  Kini beliau datang ke PI untuk mempelajari jualan secara atas talian terutamanya dalam Shopee.